Penterjemahan

Berikut ini artikel penerjemahan versi malaysia. la source: http://ms.wikipedia.org

Penterjemahan ou alih bahasa ialah perbuatan mentafsir makna sesuatu teks dan menerbitnya semula dalam bahasa yang lain. Tujuan penterjemahan adalah untuk menghasilkan satu karya terjemahan (teks sasaran) yang membawa makna yang sama dengan sesuatu karya bahasa asing (teks sumber). Penterjemahan merupakan satu aktiviti yang penting untuk menyebarkan ilmu pengetahuan kerana ia membolehkan masyarakat menikmati ilmu pengetahuan daripada budaya asing.

Biasanya, terjemahan merupakan pekerjaan manusia, tetapi selaras dengan perkembangan teknologi, penterjemahan sudah boleh dibantu dengan mesin, iaitu penterjemahan mesin.

Prinsip penterjemahan

Penerjemahan merupakan satu pekerjaan yang memerlukan kesungguhan. Ini adalah kerana penerjemahan yang tidak bersungguh-sungguh akan menimbulkan kekeliruan pembaca dan lebih-lebih lagi menimbulkan salah faham pembaca terhadap maksud pengarang teks sumber. Oleh itu, penerjemahan seharusnya dilakukan dengan berpandu kepada prinsip-prinsip yang tertentu.

  • Tidak mengubah maksud pengarang teks asal.
    Prinsip ini adalah jelas untuk para penterjamah. Tetapi, pada praktikalnya para penterjemah sebenarnya sukar untuk mengelakkan diri untuk mengubah maksud pengarang secara 100% kerana faktor perbezaan budaya dan bahasa. Tetapi, ini tidak bermaksud penterjemah diizinkan mengubah maksud pengarang teks asal dengan segaja.
  • Menghasilkan terjemahan yang mudah difahami pembaca.
    Pentejemahan merupakan sebahagian daripada komunikasi. Oleh itu, sesuatu terjemahan sebaik-baiknya mudah difahami supaya tujuan komunikasi antara pembaca dengan pengarang asal dapat dicapai.
  • Menghormati tatabahasa penerima.
    Dalam proses menterjemahkan, tatabahasa bahasa penerima harus dihormati. Ini bermaksud tatabahasa asing tidak seharusnya dipaksakan ke dalam teks terjemahan.
  • Menterjemah Makna Bahasa bukan menterjemah bentuk bahasa.
    Dalam proses penterjemahan, makna harus diberi fokus. Penterjemah tidak seharusnya berusaha mengekalkan bentuk bahasa teks asal sehingga menghasilkan terjemahan yang berbelit-belit dan sukar difahami.

Maka kesimpulannya, berpandukan kepada prinsip-prinsip ini, seorang penterjemah diharapkan dapat menghasilkan satu karya yang boleh dipercayai sebagai satu karya terjemahan, dan karya ini adalah sebuah karya yang boleh difahami serta selesa untuk dibaca.

Proses terjemahan

Secara umumnya, terjemahan bermaksud untuk menerjemahkan makna, teks sumber dan bukannya menerjemahkan bentuk bahasa teks sumber ke dalam bahasa sasaran. Maka penerjemahan seharusnya fokus kepada makna. Daripada itu, penerjemahan dimulakan dengan pentafsiran makna dan diakhiri dengan pengalihan makna ini ke dalam bahasa sasaran. Secara terperinci lagi, proses penerjemahan akan melalui peringkat seperti berikut:

Menterjemahkan kata

Kata-kata teks sumber harus ditafsir menurut konteks ayat. Ini adalah kata-kata dalam sesuatu bahasa mungkin mempunyai lebih daripada satu makna(polisemi). Selepas sudah mengenal pasti makna kata-kata teks sumber, maka penterjemah harus mencari kata bahasa sasaran yang sepadan dengan makna kata itu. Kata yang dicarikan itu seharusnya mempunyai makna yang terdekat dengan istilah yang diterjemahkan.

Satu masalah umum yang sentiasa dihadapai oleh penterjemah ialah tiada kata-kata bahasa sasaran yang sepadan dengan bahasa sumber. Keadaan ini akan timbul apabila sesuatu konsep itu tidak pernah ada dalam budaya bahasa sasaran. Maka, masalah ini harus diselesaikan melalu cara di bawah:

  • Memadankan perkataan bahasa sumber dengan serangkai kata bahasa sasaran.
  • Memadankan perkataan bahasa sumber dengan perkataan ciptaan penterjemah.
  • Mengambil terus perkataan bahasa sumber ke dalam teks terjemahan dengan mengubahsuai sebutan/ejaannya menurut ciri-ciri fonologi bahasa sasaran.

Menterjemahkan ungkapan

Dalam menafsir makna teks sumber, penterjemah juga harus mentafsir makna pada peringkat ungkapan, yakni peringkat frasa. Ini bermaksud penterjemah akan menerjemah satu frasa demi satu frasa. Ini adalah kerana ungkapan ini mungkin akan membawa maksud kiasan dan dengan itu kita tidak boleh menafsir makna ungkapan berkenaan berdasarkan makna kata-kata yang membentuknya. Contohnya, ungkapan “panjang tangan” tidak boleh diterjemahkan sebegai “long handed“, kerana dalam bahasa Melayu “panjang tangan” membawa makna kiasan “suka mencuri”.

Menterjemahkan ayat

Dalam menterjemahkan ayat, unsur makna dalam ayat teks asal boleh dipindahkan ke dalam sebuah ayat bahasa sasaran, ataupun ke dalam beberapa ayat bahasa sasaran. Ini bermaksud satu ayat daripada teks asal tidak semestinya dipadankan dengan satu ayat teks sasaran; tetapi boleh dipadankan dengan beberapa ayat teks sasaran.

Tindakan satu kepada banyak dalam penerjemahan adalah supaya ayat yang dihasilkan daripada penerjemahan tidak terlalu panjang dan bertele-tele sehingga menyusahkan pemahaman para pembaca. Dalam keadaan tertentu, ayat dalam teks asal mungkin terlalu panjang dan sekiranya diterjemahan terus ke dalam satu ayat akan menghasilkan kesan yang buruk.

Contohnya:

The content of school textbooks is often the issue of debate, as their target audience is young people, and the term “whitewashing” is the one commonly used to refer to selective removal of critical or damaging evidence or comment. (Bahasa Inggeris, satu ayat)

diterjemahkan sebagai:

Penapisan isi kandungan buku teks sekolah adalah satu isu pendebatan. Ini adalah kerana sasaran pembaca bagi buku teks ialah orang muda. Dalam pendebatan ini, perihal memindahkan dalil-dalil yang membahaya sentiasanya dikaitkan dengan konsep “penyucian”.(Bahasa Melayu, 3 ayat)

Menterjemahkan wacana

Pada tanggapan umum, penterjemah wacana adalah himpunan daripada tindakan menterjemah perkataan, menterjemah ungkapan dan juga menterjemah ayat. Bagi penterjemahan yang baik, wacana seharusnya dijadikan fokus utama dalam penterjemahan. Penterjemahan wacana boleh dikaitkan dengan konsep “tiruan”.

Penilaian hasil terjemahan

Secara umumnya, penilaian hasil terjemahan boleh dilakukan dari dua segi, yakni penilaian pragmatik dan penilaian semantik.

Dalam penilaian pragmatik, nilai teks terjemahan ditentukan berdasarkan kesannya terhadap pengguna/pembaca.Dalam penilaian ini ketepatan makna tidak begitu dipentingkan. Penilaian ini adalah sesuai untuk terjemhan bahan-bahan yang “ringan”, Contohnya iklan. Dalam terjemahan iklan, kesan promosi adalah lebih dipentingkan daripada ketepatan maknanya dengan teks asal. Walaupun demikian, penilaian ini adalah tidak sesuai untuk terjemahan bagi bidang undang-undang dan juga bidang ilmiah.

Bagi penilaian semantik, biasanya ia diterapkan ke dalam hasil terjemahan yang berat, seperti dokument undang-undang, teks agama dan buku-buku ilmiah. Dalam keadaan ini, sesuatu teks terjemahan dituntut supaya mempunyai makna yang betul-betul sama dengan teks sumber. Maka untuk menilai teks terjemahan, ia boleh dilakukan dengan melihat sejauh manakah kesilapan tidak dilakukan. Kesilapan yang dimaksudkan ialah:

  1. Penerbalikan makna
  2. Peninggalan makna
  3. Penambahan makna (melainkan jika mengikut spesifikasinya)
  4. Percanggahan makna
  5. Pengubahsuaian makna

Adapun kesilapan-kesilapan ini adalah tersusun dari segi kejahatannya, iaitu yang paling jahat nombor satu. Maka penilaian boleh dibuat dengan kriteria ini.

Rujukan

  • Ainon Mohd, Abdullah Hassan. 2000. Teori dan Teknik Terjemahan. Kuala Lumpur. Persatuan Penterjemahan Malaysia. ISBN 983-161-000-8
  • Juan C.Sager. 1995. Kualiti dan Piawai–Penilaian Penterjemahan dlm Panduan Penterjmahan. Catriona Picken(pny). Bashir M.M Basalamah(pntj). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

 

JogjaTranslate.
Meilleurs services de traduction en ligne mondiaux au taux de Jogja
Se il vous plaît envoyer un script de traduction abstraite, jurnal, buku atau
apa saja yang ingin diterjemahkan ke alamat email cs@jogjatranslate.com.
Nous allons calculer le coût et le temps de traduire. Tidak
perlu kuatir jika anda ingin membatalkan order dengan kami.

Cette entrée a été publiée dans Traduire, Non classé. Bookmark l' permalien.